Saturday, November 6, 2010

SAHABAT YANG BAIK BUAT AKU

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Friday, November 5, 2010

K.E.T.A.K.U.T.A.N. aku

salam..
ari nl aku nak bercerita tentang benda yg plg aku takut untuk hadapi..
nak tahu ap dye?? semestinya alam untuk ditempuh selepas persekolahan...
fuh!!!! seram sangat...tak tahu cam ne aku masa tu... baik ke tidak..
harap2 aku baik.. yelah sape yang tak nak jadi baik oi..
aku takut nanti jadi kejutan budaya la pulak..
tapi tadi ada la seorang hamba Allah yg namanye zafrullah a.k.a jay2 beri nasihat kat aku..
kire berguna jugak tuk masa depan aku..
dye kata hidop ipta ni mmg best..tak de pon istilah kejutan budaya..
yang kejutan budaya ni budak2 yg disperate nak amik perhatian dari orang laen..terok kan orang tu..
apenbende la..hish aku ni mengata plak oi..kan jadi kat aku..
fuh!!mintak2 la dijauhkan...seperti impian aku,,
aku akan teros berusaha untuk jadi yg terbaik lagi berguna..
untuk menjadi yg terbaik tuk mak gan ayah aku yg aku sayangi...

so pada yg kan luar sana..berbaktilah pada mak gan ayah sebelom terlambat..
bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur,,terlajak kata diri binasa...
tq sume dengar coletan mengarut aku ni...
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...